Semangat Saya

Hari ini adalah hari saya..
semangat ini adalah semangat saya...
cinta ini, cinta saya..
semua ini, milik saya...

tapi.. Allah lah yang memiliki saya.. pun semua yang terakui...

Selasa, 31 Mei 2011

Ptujnjuk Jalan -Sayid Quthb-



Para pelopor dan kader dakwah tentulah perlu kepada panduan-panduan di
sepanjang perjalanan mereka; panduan yang memberikan tentang tabiat peranan
mereka, hakikat tugas mereka dan inti sari tujuan akhir perjalanan mereka dan juga
mengenai garis permulaan di dalam perjalanan jauh itu seperti juga para pelopor
dan kader itu perlu mendapat panduan secukupnya mengenai - jahiliyah yang
sedang berpengaruh di dunia sekarang di dalam suasana yang bagaimanakah
mereka boleh berjalan seiring dengan jahiliyah dan di dalam suasana yang
bagaimanakah pula mereka harus memisahkan diri; bagaimana caranya melayani
pihak jahiliyah itu dengan menggunakan kaedah Islam dan dalam topik apakah
yang perlu dibicarakan? Juga dari mana dan bagaimanakah pula menimba bahanbahan
panduan itu?
Panduan-panduan itu hendaklah diambil dan ditimba daripada sumber asal
akidah ini iaitu Al-Quran dan juga dari arahan-arahan Al-Quran yang asasi juga
dari konsep yang telah dipancarkan oleh Al-Quran ke dalam jiwa para pelopor dan
kader terbilang dahulu, yang telah diberi penghormatan besar oleh Allah SWT
untuk mengubah bentuk sejarah umat manusia mengikut kehendak Allah.

Untuk para pelopor dan kader yang diharapkan dan ditunggu-tunggu
kelahirannya itu saya (Sayid Quthb) tuliskan PETUNJUK SEPANJANG JALAN ini.

Di awal Islam, Rasulullah SAW bertujuan membentuk satu generasi yang bersih hatinya,
bersih pemikirannya, bersih pandangan hidupnya, bersih perasaannya, dan mumi
jalan hidupnya dari sebarang unsur yang lain daripada landasan Ilahi yang
terkandung dalam Al-Quranul Karim.
Generasi sahabat-sahabat itu menerima panduannya daripada sumber yang
tunggal itu saja. Oleh karena itulah generasi itu telah berhasil membentuk
sejarah gemilang di zamannya.
Tetapi apakah yang telah terjadi kemudiannya?
Sumber-sumber panduan itu rupanya telah bercampur baur!
Sumber itu telah dimasuki oleh falsafah Yunani (Greek), cara berfikir dan
lojikanya, dongeng-dongeng Parsi dan pandangan hidupnya, cerita-cerita Israeliat
Yahudi, falsafah Ketuhanan ala-Kristian yang telah bercampur baur di dalam tafsir
Al-Quran dan ilmu Al-Kalam, dan juga telah dimasuki oleh saki baki peninggalan
tamaddun zaman lampau yang sukar dikikis.
Tugas utama kita ialah mengubah realiti masyarakat ini. Tugas utama kita
ialah mencabut realiti jahiliyah itu dari akar umbinya, realiti yang bertentangan dan
berlanggar secara prinsipal dengan aspirasi Islam dan dengan konsep Islam, realiti
yang menghalang kita dengan menggunakan kekerasan dan tekanan dari kita hidup
seperti yang dikehendaki oleh program Ilahi.

Diketahui-Nya bahawa keadilan sosial hanya akan dapat diwujudkan di
dalam masyarakat, dari sumber iktikad yang lengkap, yang menyerahkan segala
sesuatu kepada Allah SWT, sambil menerima dengan penuh kerelaan hati akan
semua yang ditentukan Allah SWT di dalam masalah pembahagian harta, dalam
masalah jaminan sosial untuk seluruh masyarakat; dan kepercayaan ini sebagai di
dalam hati pihak yang mengambil dan pihak yang diambil, dengan pengertian
bahawa mereka melaksanakan suatu sistem yang telah ditentukan oleh Allah SWT
dengan penuh harapan bahawa ketaatan, kepatuhan dan kebaktian yang
dilakukannya akan mendatangkan kebajikan dan kebaikan dunia dan akhirat.
Dengan demikian maka rasa tamak haluba dan dendam dengki terhadap sesama
anggota masyarakat tidak akan dapat bersarang di lubuk hati. Semua urusan
dijalankan dengan beres tanpa tekanan dan paksaan, tanpa ancaman dan ugutan.
Hati manusia tidak rosak dan jiwa mereka pun tidak akan bengkrap seperti yang
terjadi di mana sahaja di bawah sistem hidup yang berlandaskan kalimah tauhid LA
ILAAHA ILLALLAH.

Dasar teoritis yang menjadi asas Islam, di sepanjang sejarah umat manusia,
ialah dasar “TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH” (LA ILAAHA ILLALLAH)
dengan pengertian mengesakan Allah SWT dengan sifat-Nya sebagai TUHAN,
sebagai Penguasa, sebagai Pendidik, sebagai Pemerintah Yang Gagah Perkasa yang
mempunyai kuasa mutlak di dalam pemerintahan, Penegasan bentuk iktikad di
dalam hati, di dalam gerak-geri, di dalam bentuk ibadat dan juga di dalam bentuk
melaksanakan syariat-Nya di dalam kehidupan sehari-hari. Pengakuan “TIADA
TUHAN MELAI NKAN ALLAH” itu tidak akan ada di dalam kenyataan dan tidak
boleh dianggap sebagai “wujud” dalam segi hukumnya melainkan dalam
bentuknya yang sempurna seperti ini yang dapat memberikan kepadanya suatu
WUJUD yang sungguh-sungguh, yang boleh dianggap seseorang yang
mengucapkan syahadat TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH itu seorang Muslim
atau bukan Muslim.

Arti penjelmaan yang sebenar dasar ini dalam segi teori ialah bahawa
seluruh hidup manusia itu diserahkan dan dirujukkan kepada Allah SWT sematamata.
Mereka tidak boleh melakukan sesuatu urusan pun mengenai hidup ini dari
sisi diri mereka sendiri, bahkan mereka hendaklah menyerah dan
mengembalikannya kepada hukum Allah untuk mereka ikuti dan hukum Allah itu
hendaklah mereka kenal dan cedok dari sumber yang satu sahaja, sumber yang
berhak menyampaikannya kepada mereka, iaitu Rasulullah S.A.W. Ini dapat
dipastikan daripada rangkai kata yang kedua dari syahadat, iaitu pengakuan
bahawa “Muhammad itu ialah Utusan Allah” (Muhammadur Rasulullah).
Itulah dia dasar teoritis yang dapat dijelmakan oleh Islam. Dasar ini menjadi
dasar yang lengkap sempurna bagi kehidupan apabila ia dilaksanakan di seluruh
urusan hidup. Setiap orang Muslim menghadapi segala cabang hidup “individu”
dan “sosial”, baik di dalam mahupun di luar negara Islam, dalam hubungannya
dengan sesama anggota masyarakat Islam dan juga dengan masyarakat yang bukan
Islam.

Jadi, menurut penulis, bila ingin mewujudkan kembali lahirnya generasi muslim seperti para sahabat kita harus menekankan kepada pembangunan aqidah secara konsisten. Dan kegiatan ini tidak bisa diharapkan berlangsung dalam waktu singkat. Ia membutuhkan kesabaran untuk menjalankannya dalam waktu yang panjang. Para sahabat saja, di bawah bimbingan pendidik (murabbi) terbaik yi Rasulullah, memerlukan tidak kurang dari 13 tahun. Jika kualitas kita separuh para sahabat, maka kira-kira diperlukan waktu 2 x 13 tahun = 26 tahun. Kalau kualitas kita hanya sepesepuluh para sahabat, maka dibutuhkan waktu kira-kira 10 x 13 tahun = 130 tahun..!!!

Yang pasti penulis memandang bahwa inilah jalan sekaligus metode satu-satunya penegakkan Islam untuk melahirkan generasi pertama. Dan ini pulalah jalan sekaligus metode untuk mewujudkan Islam di tempat dan zaman kapanpun. Perhatikan tulisannya di bawah ini:

Inilah wujud (nature) agama ini, sebagaimana disarikan dari metode Quran Makki. Kita harus mengetahui wujudnya ini. Kita jangan mencoba merobahnya hanya untuk memenuhi keinginan sesaat yang kalah di depan bentuk-bentuk teori-teori manusia. Dengan bentuknya yang seperti ini, ia telah membentuk ummat Islam yang pertama. Dan dengan cara yang begitu pulalah ia akan membentuk ummat Islam setiap kali ia ingin untuk mengulang mengeluarkan ummat Islam sekali lagi ke alam nyata, sebagaimana Allah telah mengeluarkannya pertama kali.

Tidak ada komentar: